Saturday, 14 January 2012

About "My Prince"......

I'm happy with him....and I want to stay with him and
 give him whole of my life...and forever******.....

I love him so much.....
    Aku suka bila dia senyum..aku suka bila dia melampiaskan kata-kata cinta,dan aku merasa terbuai dengan kasih sayang yang dia berikan pada aku...bukan mudah untuk menjalani hubungan jarak jauh macam ini,terlalu banyak dugaan,terlalu banyak ujian...tiap masa hati diduga,bukan senang untuk meraih kepercayaan seseorang bila berada dalam keadaan jauh macam nie..kadang kala wujud juga perbalahan tapi..entahlah mungkin sudah menjdi kebiasaan gaduh-gaduh tapi kejap lagi akan pulih semula...
    Aku tak secantik bidadari di syurga,aku tak seperti wanita-wanita solehah,aku bukan juga wanita melayu terakhir...tapi dia tetap cintakan aku dan terima aku seadanya...perangai aku,(tuhan je yang tau..)tapi dia masih boleh terima aku..aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia...seorang yang penyayang,seorang yang caring,seorang yang jujur dan setia pada pasangan...sehari aku tidak mendengar suara dia...boleh jadi tidak tentu perasaan aku...tidak kira masa,sama ada dia kerja atau pun tidak,tiap kali aku call..dia mesti layan aku dulu.....
       Pertama kali jumpa,adalah saat yang tidak dapat aku lupakan...saat dia berdiri di hadapan aku,saat dia tersenyum pada aku,saat dia menuturkan kata sayang,aku betul-betul merasakan debaran di hati...kenapa?(aku pun tidak tau....hehehe)...ok lah..lain kali aku sambung cerita lagi tentang "My Prince"...
     k Daaa....Salam.

Wednesday, 11 January 2012

Malam discussion with my group...



Aku tak sangka yang aku nie...kuat jugak ar(puji diri sendiri nie..hehehe) ..lepas tu mampu bertahan, mampu jugak untuk bersabar dalam menghadapi masalah mcm nie, masalah yang dikongsi bersama kawan-kawan yang lain..jadi kurang jugak la beban dibahu...buat kerja sama-sama,dan saling berkongsi idea,tapi sama ada betul atau salah itu kami tidak kisah sangat,kan semua nie masih dalam proses pembelajaran,yang penting kami udah usaha sekuat yang mampu dan kami mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dalam perbincangan,biasala ada gaduh-gaduh sayang,ada yang tidak puas hati, ada yang membangkang tapi itu semua asam garam dalam group discussion yang bermacam-macam perangai ikut pembawaan diri sendiri. Suatu hari nanti,semua ini akan menjadi kenangan,menjadi ingatan kepada kawan-kawan, dimana usaha menyahut cabaran itu ada dan bukan keadaan terpaksa...dan untuk mendapatkan ilmu itu,perlu berkorban dan perlu berkongsi..(kalau kita kongsi sama yang lain,pasti nnti pun org lain akan kongsi dengan kita). Begitu la, yang berlaku pada hari ini tidur lewat lagi......

Add caption

Tuesday, 10 January 2012

will be sweet memory....

saya sayang "Kawan-Kawan" saya..walaupun kawan bukan la "Sahabat"..

      Tak usah mempertikaikan kawan-kawan yang saya ada,tak usah memperkotak-katikkan keadaan hanya kerana kawan-kawan saya. Setiap individu punya fikiran dan pendapat yang berbeza walaupun berkawan dengan orang yang sama.
     Sahabat,adalah seseoarang yang istimewa dalam hidup...berkongsi apa saja suka duka,saling menasihati..saling memahami...dan saling memikirkan kebaikan untuk sahabatnya.
       Betul kata sahabat saya..kawan ini ada bermacam jenis...ada kawan yang pentingkan diri sendiri,ada kawan yang sanggup tikam kawan, ada kawan yang sanggup melukai hati kawan sendiri tapi kawan ini boleh kita dapat dimana-mana boleh kita kongsi pengalaman, boleh kita kongsi ilmu, boleh kita bertukar-tukar idea walau dimana juga kita berada tidak kira tempatnya..bila kita kenali seseorang itu dan bila kita ditanya siapakah orang itu kita pasti akan jawab "Kawan saya".....tapi kata kawan saya,sahabat adalah yang terbaik dan susah untuk kita miliki....kata kawan saya lagi,sahabat sanggup gadaikan nyawanya sendiri demi kebaikan sahabatnya, sahabat sanggup gadaikan hidupnya asalkan hidup sahabat itu ada bahagia....dan sahabat adalah orang yang boleh kita percayai,kerana sahabat yang sayang akan sahabatnya dan anggap sahabat itu seperti saudaranya yang rapat...seperti adik-beradiknya sendiri..

            p/s:  Erm...antara sahabat dan kawan...kedua-duanya saya sayang.....