Tak usah mempertikaikan kawan-kawan yang saya ada,tak usah memperkotak-katikkan keadaan hanya kerana kawan-kawan saya. Setiap individu punya fikiran dan pendapat yang berbeza walaupun berkawan dengan orang yang sama.
Sahabat,adalah seseoarang yang istimewa dalam hidup...berkongsi apa saja suka duka,saling menasihati..saling memahami...dan saling memikirkan kebaikan untuk sahabatnya.
Betul kata sahabat saya..kawan ini ada bermacam jenis...ada kawan yang pentingkan diri sendiri,ada kawan yang sanggup tikam kawan, ada kawan yang sanggup melukai hati kawan sendiri tapi kawan ini boleh kita dapat dimana-mana boleh kita kongsi pengalaman, boleh kita kongsi ilmu, boleh kita bertukar-tukar idea walau dimana juga kita berada tidak kira tempatnya..bila kita kenali seseorang itu dan bila kita ditanya siapakah orang itu kita pasti akan jawab "Kawan saya".....tapi kata kawan saya,sahabat adalah yang terbaik dan susah untuk kita miliki....kata kawan saya lagi,sahabat sanggup gadaikan nyawanya sendiri demi kebaikan sahabatnya, sahabat sanggup gadaikan hidupnya asalkan hidup sahabat itu ada bahagia....dan sahabat adalah orang yang boleh kita percayai,kerana sahabat yang sayang akan sahabatnya dan anggap sahabat itu seperti saudaranya yang rapat...seperti adik-beradiknya sendiri..
p/s: Erm...antara sahabat dan kawan...kedua-duanya saya sayang.....

No comments:
Post a Comment